Hukum FaraidHutang Syarikat Tidak Dilunaskan, Siapa Menanggung Dosanya?Syarikat tidak berdosa kerana ia bukan manusia. Dosa terletak pada orang yang menguruskannya, iaitu pengarah atau pemilik yang berhutang dengan niat tidak membayar, menangguhkan bayaran sedangkan mampu atau menipu pemiutang. Pemilik yang jujur, berniat membayar tetapi gagal tanpa kecuaian, termasuk dalam janji hadis bahawa Allah akan menunaikan hutang itu bagi pihaknya. Bagi yang mahu lebih selamat, dia boleh melunaskan baki hutang itu secara sukarela apabila lapang atau meminta pemiutang menghalalkannya.