Prosedur PentadbiranBerapa Kos Melantik Syarikat Menguruskan Harta Pusaka?Jadual fi yang diterbitkan sebuah syarikat pada Disember 2025 menunjukkan bentuk kosnya. Bagi Pejabat Pusaka Kecil, fi perkhidmatan bermula RM6,000 dan meningkat mengikut nilai harta serta BILANGAN LAPISAN KEMATIAN. Bagi Mahkamah Tinggi Sivil, ia bermula RM32,000 kerana dua perintah berasingan diperlukan. Tetapi angka itu bukan keseluruhan bilnya. Caj rampaian, caj statutori dan bayaran perintah dikenakan berasingan selepas kes selesai, dan perintah pusaka tidak diserahkan selagi ada tunggakan.