Undang-undangRisiko Pinjam Nama Apabila Pemilik Nama MeninggalApabila orang yang dipinjam namanya meninggal dunia, harta itu akan kelihatan sebagai sebahagian daripada pusakanya kerana daftar menunjukkan namanya. Pada pandangan syarak ia bukan pusakanya, tetapi pandangan itu perlu dibuktikan kepada pihak yang berkuasa. Kanun Tanah Negara menyediakan dua langkah yang sepatutnya dibuat semasa kedua-dua pihak masih hidup, iaitu pendaftaran sebagai pemegang amanah dan kaveat persendirian.