Hukum FaraidBarang Pusaka Lama Arwah Ibu Bapa, Boleh Dibuang?Boleh, tetapi bukan oleh seorang waris sahaja. Barang peninggalan ibu bapa ialah milik bersama semua anak, termasuk anak yang menyimpannya. Ia hanya boleh dibuang, disedekahkan atau dijual dengan persetujuan semua. Jika adik-beradik yang lain sudah memberikan bahagian mereka kepada anak itu, barang itu miliknya dan keputusannya di tangannya. Barang yang masih boleh digunakan lebih baik disedekahkan daripada dibuang.