Hukum FaraidIsteri atau Ibu Meninggal, Bagaimana Hartanya Dibahagi?Apabila isteri meninggal dunia, suami menerima 1/2 jika arwah tiada anak dan 1/4 jika ada anak, termasuk anak daripada perkahwinan lain. Ibu dan bapa arwah masing-masing menerima 1/6 jika ada anak. Baki diambil anak-anak dengan nisbah dua bahagian lelaki bagi satu bahagian perempuan. Wang KWSP arwah juga dibahagi mengikut faraid kerana penama hanyalah wasi.