Hukum FaraidMRTA, MRTT dan Harta Dalam GadaianMRTT ialah takaful, jadi apabila ia melangsaikan hutang arwah, rumah itu menjadi milik penuh arwah lalu menjadi harta pusaka. MRTA pula konvensional, tetapi ia tidak terkeluar daripada pusaka sepenuhnya. Modal pokok yang dibayar arwah semasa hayatnya tetap harta pusaka yang wajib difaraidkan, manakala lebihan pampasannya tidak boleh diwarisi dan perlu dilupuskan.