Hukum FaraidRumah Dilangsaikan Takaful Selepas Kematian, Harta Pusaka?Ya, rumah itu harta pusaka. Ia sudah milik suami sejak dibeli kerana namanya dalam geran. Bank hanya memegangnya sebagai cagaran. Takaful cuma melangsaikan hutang yang terikat pada rumah itu bagi pihak arwah. Maka rumah itu dibahagi kepada semua waris mengikut faraid, termasuk isteri yang mendapat 1/8 jika arwah ada anak atau 1/4 jika tiada.