Hukum FaraidIsu Tempat Tinggal Isteri dalam Tempoh Iddah Selepas Kematian SuamiBalu wajib beriddah di rumah kediamannya, tetapi soalan harta pusakanya ialah siapa menanggung kosnya. Balu tiada nafkah iddah, sama ada hamil ataupun tidak. Pandangan muktamad mazhab Syafii menyatakan tempat tinggalnya pula WAJIB sepanjang iddah dan ditanggung oleh harta peninggalan si mati, selagi harta itu ada. Mazhab Maliki pula menyatakan hak itu gugur apabila rumah itu disewa dan sewanya belum dibayar.