Prosedur PentadbiranGrant of Probate dan Borang 14A dalam Pewarisan HartanahGeran probet memberi wasi kuasa mentadbir, tetapi ia tidak menukar nama dalam geran tanah. Wasi mesti didaftarkan dahulu sebagai wakil di bawah seksyen 346 Kanun Tanah Negara. Selepas itu barulah dia boleh menyempurnakan Borang 14A bagi memindahkan tanah itu kepada penerima wasiat. Jalan pusaka kecil pula tidak memerlukan Borang 14A, kerana perintah pembahagian didaftarkan terus di bawah seksyen 348.