Hukum FaraidBapa Tiri Tuntut Rumah dan Perniagaan Arwah IbuSuami arwah ibu memang waris dan bahagiannya satu perempat yang menjadi 3/13 selepas 'aul. Namun haknya hanya pada harta bersih selepas hutang dibayar. Rumah yang dibina dengan wang KWSP ibu masih milik ibu kerana wang itu tidak pernah diserahkan kepada anak-anak, jadi ia harta pusaka walaupun berdiri di atas tanah nenek. Perkongsian perniagaan terbatal dengan kematian ibu. Bahagian ibu sebanyak 60% menjadi pusaka, manakala 40% kekal milik suaminya. Kedua-dua pihak perlu mengira semula hasil dan hutang sepanjang mereka mengusahakannya selepas kematian itu.