Undang-undangKaveat Persendirian dalam Perwarisan HartaBetul, kaveat persendirian tidak terbatal dengan sendirinya apabila pengkaveat meninggal dunia dan kanun sendiri mengesahkannya. Subseksyen 325(1) Kanun Tanah Negara membenarkan kaveat ditarik balik oleh orang yang memasukkannya ATAUPUN OLEH WAKIL DIRINYA. Ertinya pusaka pengkaveat itu sendiri perlu diuruskan dahulu supaya ada wakil diri yang berkuasa menariknya. Tuan punya tanah pula tidak perlu menunggu, kerana seksyen 326 membenarkannya memohon kepada Pendaftar dan kaveat itu LUPUT dalam DUA BULAN melainkan perintah mahkamah melanjutkannya.