Hukum FaraidCara Pengiraan Faraid untuk Anak LelakiAnak lelaki tidak mempunyai kadar tetap dalam al-Quran. Dia mewarisi secara 'asabah, iaitu mengambil baki selepas waris berkadar tetap mengambil bahagian masing-masing. Apabila ada anak perempuan bersamanya, baki itu dibahagi dua banding satu. Apabila tiada waris berkadar tetap langsung, seluruh harta menjadi bahagiannya.