Undang-undangSeksyen 10 Akta 98: Pelantikan Penjaga dan Pemegang AmanahPenjaga di bawah seksyen 10 mewakili waris SEMASA prosiding, manakala pemegang amanah di bawah subseksyen 13(2) memegang bahagiannya SELEPAS perintah dikeluarkan. Pindaan 2024 menambah kategori ketiga yang belum dikenali ramai, iaitu PESAKIT, yang ditakrifkan sebagai benefisiari tunggal yang menghidap penyakit atau kecederaan serius ataupun terlantar sehingga tidak dapat menghadiri prosiding. Baginya yang dilantik bukan penjaga, tetapi sahabat wakil.