Kajian KesKes Pusaka: Rumah Atas Nama Isteri, Siapa Pemiliknya?Nama yang terdaftar pada geran ialah pemilik di sisi undang-undang, kerana seksyen 89 Kanun Tanah Negara menjadikan dokumen hakmilik keterangan muktamad dan seksyen 340 menjadikan hakmilik itu tak boleh disangkal. Suami yang membayar sebahagian besar harganya tidak menjadi pemilik hanya kerana dia membayar. Jalannya ialah tuntutan harta sepencarian, iaitu bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah di bawah subperenggan 61(3)(b)(iv) enakmen Selangor. Adik-beradik arwah pula memang tiada hak apabila arwah meninggalkan anak.