Undang-undangSurat Kuasa Wakil ke atas Tanah Rizab MelayuSurat kuasa wakil yang diakusaksikan peguam bela dan peguam cara memang sah tanpa akusaksian Pentadbir Tanah, kerana surat kuasa wakil bukan surat cara urus niaga. Pada umumnya ia perlu dideposit di pejabat Penolong Kanan Pendaftar sebelum ia berkuat kuasa. Syarat deposit itu tidak terpakai kepada surat kuasa wakil yang disempurnakan dan digunakan semata-mata bagi urusan di pejabat Pendaftar Hakmilik ataupun Pentadbir Tanah. Bagi tanah rizab Melayu pula, urus niaga melalui surat kuasa wakil kepada orang bukan Melayu tidak boleh didaftarkan dan di Kelantan surat kuasa wakil itu sendiri terbatal.