- Prosedur PentadbiranProsedur Urusan Pusaka bagi Waris di Luar Negara
Dua jalan sahaja yang sebenarnya wujud. Jalan pertama Borang DDA, iaitu surat persetujuan bagi waris yang tidak dapat hadir. Borang DDA yang berkuat kuasa sejak 15 Julai 2024 boleh disahkan di hadapan pegawai konsular ataupun Notari Awam yang dilantik di bawah Akta 115, selain pengesah di Malaysia. Jalan kedua surat kuasa wakil dan Akta 424 memang menyediakan senarai khusus bagi suratkuasa yang DISEMPURNAKAN DI LUAR NEGARA, termasuk pegawai konsular Malaysia serta Pesuruhjaya Haji Malaysia di Arab Saudi.
10 Okt 2026DISEMAKBaca - Undang-undangSurat Kuasa Wakil ke atas Tanah Rizab Melayu
Surat kuasa wakil yang diakusaksikan peguam bela dan peguam cara memang sah tanpa akusaksian Pentadbir Tanah, kerana surat kuasa wakil bukan surat cara urus niaga. Pada umumnya ia perlu dideposit di pejabat Penolong Kanan Pendaftar sebelum ia berkuat kuasa. Syarat deposit itu tidak terpakai kepada surat kuasa wakil yang disempurnakan dan digunakan semata-mata bagi urusan di pejabat Pendaftar Hakmilik ataupun Pentadbir Tanah. Bagi tanah rizab Melayu pula, urus niaga melalui surat kuasa wakil kepada orang bukan Melayu tidak boleh didaftarkan dan di Kelantan surat kuasa wakil itu sendiri terbatal.
10 Okt 2026DISEMAKBaca
Berkaitan