Prosedur PentadbiranProsedur Urusan Pusaka bagi Waris di Luar NegaraDua jalan sahaja yang sebenarnya wujud. Jalan pertama Borang DDA, iaitu surat persetujuan bagi waris yang tidak dapat hadir. Borang DDA yang berkuat kuasa sejak 15 Julai 2024 boleh disahkan di hadapan pegawai konsular ataupun Notari Awam yang dilantik di bawah Akta 115, selain pengesah di Malaysia. Jalan kedua surat kuasa wakil dan Akta 424 memang menyediakan senarai khusus bagi suratkuasa yang DISEMPURNAKAN DI LUAR NEGARA, termasuk pegawai konsular Malaysia serta Pesuruhjaya Haji Malaysia di Arab Saudi.