Undang-undangIbu Angkat dan Anak Luar Nikah: Apa yang Perlu DiketahuiSatu daripada dua akta yang disebut dalam artikel ini TIDAK terpakai kepada orang Islam. Seksyen 31 Akta Pengangkatan 1952 menyatakan akta itu tidak terpakai kepada sesiapa yang menganut agama Islam, sama ada sebagai pengambil anak ataupun apabila anak itu seorang Islam. Jadi bagi keluarga Islam di Semenanjung, hanya SATU laluan wujud, iaitu pendaftaran pengangkatan de facto di bawah Akta 253. Tempoh dua tahun itu pula bukan tempoh keluarga asal boleh menuntut semula, sebaliknya SYARAT KELAYAKAN sebelum pendaftaran boleh dipohon.