Hukum FaraidBeza antara Terhijab dengan Bukan WarisCucu lelaki daripada anak perempuan tidak menerima pusaka bukan kerana terhijab, tetapi kerana dia memang bukan waris. Hijab hanya berlaku kepada orang yang sudah ada sebab pewarisan padanya. Cucu itu tergolong dalam dzawil arham, iaitu kerabat yang mempunyai pertalian darah tetapi tiada bahagian yang ditetapkan untuknya.