Kajian KesHarta Pusaka Tergantung Kerana Waris Tidak DijumpaiPusaka tidak semestinya beku. Bahagian waris yang sudah pasti boleh dikira dahulu dan yang berubah apabila waris lain muncul ialah PENYEBUTNYA, bukan hak sesiapa. Seksyen 12(7) Akta 98 mewajibkan Pegawai Pembahagian Pusaka MEMUTUSKAN siapa waris dan seksyen 16(3) membenarkan bahagian waris yang tidak dapat dikesan didepositkan dengan Amanah Raya untuk dipegang sebagai amanah sehingga dituntut. Tetapi sejak 15 Julai 2024 beban mencari waris berpindah kepada PEMOHON, kerana peruntukan penyiaran notis dimansuhkan.