- Prosedur Pentadbiran20 Sep 2026Kelebihan dan Kekurangan Khairat Pusaka
Kelebihannya nyata, iaitu kos pengurusan pusaka ditanggung, dokumen perancangan disediakan dan waris tidak berdepan bil pada saat mereka paling tidak bersedia. Kekurangannya pula bukan sekadar komitmen bulanan. Tiga sebab pembatalan dalam modul syarikat sendiri lebih penting daripada itu dan yang paling perlu difahami ialah langganan terbatal apabila waris menguruskan sendiri ataupun melantik peguam sendiri, iaitu keadaan yang berlaku selepas kematian dan di luar kawalan peserta semasa hidup.
- Kajian Kes19 Sep 2026Kos Pengurusan Selepas Mati
Kos pengurusan jenazah BUKAN tanggungan peribadi waris. Ia hak PERTAMA ke atas harta pusaka, didahulukan sebelum hutang, sebelum wasiat dan sebelum faraid. Kitab menghadkannya kepada empat perkara sahaja, iaitu kain kafan, wangian, upah memandikan dan upah menggali kubur. Kos pengurusan pusaka pula berlainan sifatnya, kerana ia bukan tajhiz dan tiada had berkanun yang menetapkan berapa syarikat perkhidmatan boleh mengenakan caj.
- Prosedur Pentadbiran18 Sep 2026Khairat Pusaka, Pengurusan Pusaka Percuma
Khairat pusaka Al-Wasitah ialah langganan bulanan yang menanggung kos pengurusan pusaka apabila peserta meninggal dunia. Tiga perkara yang kerap tidak diberitahu wajar diketahui awal. Terdapat TEMPOH MENUNGGU minimum enam kali bayaran kecuali kematian akibat kemalangan. Langganan TERBATAL apabila kematian tidak dimaklumkan dalam tempoh lapan belas bulan, ataupun apabila waris menguruskan sendiri atau melantik peguam sendiri. Dan bayaran bulanan itu bukan kesemuanya tabarru', kerana sebahagian besarnya caj operasi.
Berkaitan