Hukum FaraidNiat Hibah Tapi Belum SerahNiat memberi yang tidak dilafazkan dan tidak diserahkan belum menjadi hibah. Akad hibah dibuat dengan ijab dan qabul. Menurut mazhab Syafi'i, akad itu pun belum mengikat serta belum memindahkan milik sehingga berlaku qabd iaitu penerimaan. Maka wang yang sekadar diniatkan untuk arwah masih kekal milik anak dan ia tidak menjadi harta pusaka. Berbeza pula dengan wang yang benar-benar digunakan bagi rawatan arwah, kerana manfaatnya sudah sampai kepadanya.