Hukum FaraidBarang Kemas sebagai Harta Pusaka: Hak Waris, Nilai dan Cara PembahagianBarang kemas yang masih dimiliki si mati pada saat kematian ialah harta pusaka, sama seperti rumah dan kereta. Sesiapa yang mendakwa ia sudah dihibahkan semasa hayat memikul beban membuktikannya, kerana Nabi SAW bersabda bahawa sekiranya manusia diberi semata-mata dengan dakwaan mereka, nescaya hilanglah darah dan harta orang. Penilaiannya pula bukan soal perasaan. Subseksyen 8(5) Akta 98 mewajibkan pegawai menilai harta dalam pusaka itu di mana jua ia terletak bagi menentukan sama ada pusaka itu pusaka kecil. Subseksyen 8(6) pula menjadikan penilaian itu MUKTAMAD bagi maksud akta.