Undang-undangBolehkah Tanah Pusaka Dijual jika Hanya Sebahagian Waris Bersetuju?Boleh. Rumah atau tanah pusaka boleh dijual walaupun ada waris yang enggan. Sejak 15 Julai 2024, subseksyen 15(4a) Akta 98 membenarkan Pegawai Pembahagian Pusaka memerintahkan jualan berdasarkan persetujuan waris yang memegang MAJORITI DUA PERTIGA bahagian. Waris yang enggan mesti ditawarkan membelinya dahulu. Selepas tanah bertukar nama, jalannya pecah bahagian di bawah seksyen 141a Kanun Tanah Negara.