Prosedur PentadbiranProsedur Permohonan Perintah Faraid di Mahkamah SyariahPerintah faraid ialah penentuan siapa warisnya dan berapa bahagian masing-masing dan itu sahaja. Ia tidak memindahkan harta kepada sesiapa. Bidang kuasanya diberikan oleh enakmen pentadbiran agama Islam negeri, iaitu seksyen 61(3)(b)(ix) bagi Selangor dan Mahkamah Rendah Syariah mendengarnya apabila nilainya tidak melebihi had yang ditetapkan. Had itu berlainan antara negeri kerana Sultan boleh memperluaskannya melalui warta. Di Selangor ia kini tiga ratus ribu ringgit. Satu perkara perlu diperiksa dahulu sebelum memohon, kerana bagi pusaka kecil, Pegawai Pembahagian Pusaka sendiri diwajibkan menentukan waris serta bahagian mereka di bawah seksyen 12(7) Akta 98.