Undang-undangApa itu Sitasi dalam Pengurusan Pusaka?Sitasi ialah notis yang dikeluarkan dari Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi atas permintaan seseorang, memanggil orang yang mempunyai hak terdahulu kepada perwakilan supaya MENERIMA ataupun MELEPASKAN hak itu. Asasnya seksyen 9 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan prosedurnya Aturan 71 kaedah 41 dan 42 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Tiga perkara perlu diketahui sebelum memulakannya. Pemohon mesti memasukkan kaveat dahulu, sitasi disampaikan secara peribadi dan orang yang disitasi ada lapan hari untuk memasuki kehadiran. Sekiranya dia ingkar hadir, dia DISIFATKAN telah melepaskan haknya dan pemohon boleh memohon geran untuk dirinya sendiri. Sitasi tidak wujud dalam urusan pusaka kecil, kerana di situ pegawai memanggil terus di bawah seksyen 11A Akta 98.