- Undang-undangAdakah Harta Pusaka Dikenakan Cukai?
Malaysia tidak lagi mengenakan duti harta pusaka sejak 1 November 1991. Yang masih ada ialah cukai pendapatan arwah yang belum dijelaskan, yang menjadi hutang pusaka dan diurus oleh pentadbir dengan LHDN, cukai pendapatan atas hasil harta pusaka selepas kematian, duti setem ke atas surat cara pindah milik serta CKHT apabila hartanah pusaka dijual.
10 Okt 2026DISEMAKBaca - Undang-undangCKHT Harta Pusaka, Jual Rumah Selepas Turun Milik Kena Cukai ke Tak?
Turun milik daripada pusaka kepada waris itu sendiri tidak dikenakan CKHT, kerana harga pelupusannya disifatkan sama dengan harga pemerolehan. Cukai hanya timbul apabila harta itu dijual selepas itu. Waris yang menjual selepas turun milik mengira tempoh pegangannya dari tarikh turun milik, dengan harga pemerolehan bersamaan nilai pasaran pada tarikh itu. Pentadbir yang menjual sebelum turun milik pula mengira dari TARIKH KEMATIAN dan bukan dari tarikh si mati membeli, dengan harga pemerolehan bersamaan nilai pasaran pada tarikh kematian. Bagi individu warganegara kadarnya tiga puluh peratus dalam tiga tahun pertama, dua puluh peratus pada tahun keempat, lima belas peratus pada tahun kelima dan sifar mulai tahun keenam.
10 Okt 2026DISEMAKBaca
Berkaitan