Undang-undangCara Pembahagian Tanah Pusaka (Hartanah)Dua istilah perlu dibezakan dahulu kerana undang-undangnya berlainan. Pecah sempadan ialah seorang tuan punya memecah tanahnya sendiri dan bagi tanah pertanian setiap bahagian tidak boleh kurang daripada dua per lima hektar. Pecah bahagian pula ialah tuan punya bersama membahagikan tanah yang dimiliki bersama dan had dua per lima hektar itu TIDAK terpakai kepadanya, walaupun tanah pertanian yang seluas dua per lima hektar atau kurang dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk diluluskan. Inilah yang biasanya diperlukan waris. Lebih penting lagi, seksyen 141a Kanun Tanah Negara membenarkan seorang tuan punya bersama memohon pecah bahagian WALAUPUN tuan punya bersama yang lain enggan menyertai ataupun memberi persetujuan.