Prosedur PentadbiranApa Beza JKPTG dengan PTG?JKPTG jabatan persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, manakala PTG jabatan negeri di bawah kerajaan negeri masing-masing. Urusan pusaka kecil dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Pusaka JKPTG yang mempunyai cawangan di setiap negeri. Mulai 15 Julai 2024, Akta A1643 menggantikan gelaran Pentadbir Tanah dalam Akta 98 dengan Pegawai Pembahagian Pusaka, memansuhkan peranan Pengarah Tanah dan Galian dalam akta itu, lalu meletakkan kesemua pegawai di bawah seorang Presiden Pembahagian Pusaka. Bidang kuasa juga naik daripada peringkat daerah kepada peringkat negeri dan rayuan ke Mahkamah Tinggi kini terhad kepada tiga puluh hari.