Hukum FaraidStatus Anak Sumbang Mahram dalam PewarisanAnak itu dinasabkan kepada ibunya sahaja dan lelaki yang melakukannya bukan bapa dari sudut syarak. Namun sebab tiada pewarisan antara mereka bukan kerana langsung tiada pertalian. Dalam kes sumbang mahram bapa dengan anak perempuan, lelaki itu tetap datuk sebelah IBU kepada anak tersebut. Pertalian itu tergolong dalam zawil arham dan zawil arham tidak mewarisi mengikut pandangan yang dipegang di Malaysia, kecuali Perlis yang mengutamakan zawil arham setakat yang boleh.