Undang-undangPerbezaan Turun Milik dengan Pindah MilikKedua-duanya berakhir dengan nama baharu dalam geran, tetapi jalannya berlainan sama sekali dalam Kanun Tanah Negara. Turun milik ialah PERPINDAHAN hakmilik akibat kematian dan ia didaftarkan sebagai memorial oleh Pendaftar, iaitu di bawah seksyen 346 bagi wakil diri si mati dan seksyen 348 bagi perintah pembahagian pusaka kecil. Pindah milik pula URUS NIAGA dan ia disempurnakan melalui satu surat cara iaitu Borang 14A di bawah seksyen 215 ataupun 217. Perbezaan itu menjelaskan mengapa dokumen, kos serta duti setem kedua-duanya tidak sama.