Saya, Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh selesai masalah pusaka tuan puan.
Isi Kandungan
Soalan
Assalamualaikum, arwah meninggalkan ibu, ayah, seorang isteri, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. Arwah meninggalkan harta yang bernilai RM1 juta.
Berapa bahagian setiap ahli waris berikut?
Jawapan
Waalaikumussalam, berdasarkan pertanyaan, maka saya rumuskan di dalam poster di atas.
- Isteri dapat 1/8 disebabkan wujudnya anak lelaki dan anak perempuan arwah.
- Anak lelaki dan anak perempuan dapat asobah dengan nisbah 2:1 yang mana anak lelaki dapat 2 kali ganda daripada anak perempuan.
- Ibu dapat 1/6 disebabkan wujudnya anak-anak arwah.
- Ayah dapat 1/6 disebabkan wujudnya anak-anak arwah juga.
- Saudara lelaki seibu sebapa tidak mewarisi kerana ia terhalang dengan wujudnya ahli asobah yang terdahulu iaitu anak lelaki dan ayah.
Setelah kiraan faraid, maka isteri dapat 9/72, ibu dan ayah dapat 12/72 setiap seorang, anak lelaki dapat 26/72 dan anak perempuan dapat 13/72.
Jadi mana-mana harta sekalipun, pembahagian mengikut pecahan tadi. Semoga bermanfaat.