Abu Nuha Nuwairah · Perunding Pusaka Harta Islam
Allah ﷻ berfirman, mafhumnya:
Sedikit atau banyak,
setiap waris ada haknya.
Soal jawab hukum faraid dan pusaka di Malaysia, dengan dalil dan rujukan yang boleh disemak.
Carian popular:anak angkatmunasakhatharta sepencarianhutang si mati
مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا
Surah an-Nisa' 4:7
Perpustakaan
Empat bahagian perpustakaan.
Pilih bahagian ikut soalan anda.
Siapa waris, berapa bahagiannya dan sah atau tidak di sisi syarak.
116 artikelBuka القانونUndang-undangApa kata akta, enakmen dan mahkamah.
55 artikelBuka الإجراءاتProsedur PentadbiranLangkah, borang, pejabat dan dokumen.
52 artikelBuka القضاياKajian KesKes sebenar, contoh pengiraan, berita dan ulasan.
23 artikelBukaKes Mingguan
Kes Fiqh Minggu Ini.
Uji kefahaman anda, kemudian baca huraian beserta dalilnya.
Seorang lelaki meninggal dunia. Berapakah bahagian ibunya?
Pilih satu jawapan untuk melihat huraian.
Jawapan: 1/6. Si mati mempunyai anak (far' warith), maka bahagian ibu turun daripada 1/3 kepada 1/6.
وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ وَلَدٌ
“Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.”
SURAH AN-NISA' 4:11 · TERJEMAHAN TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMANArtikel
Baru dikemas kini.
- Hukum FaraidRumah Arwah Bapa atas Tanah Kerajaan, Pusaka atau Bukan?
Tanah itu bukan harta pusaka kerana kelulusannya luput apabila premium tidak dibayar, jadi ia kekal tanah Kerajaan sehingga diberi milik kepada anak yang memohon. Rumah kayu yang dibina bapa pula memang harta pusaka, tetapi hak adik-beradik hanyalah pada nilai sebenarnya. Bagi rumah yang sudah reput, nilainya lebih kurang nilai kayu yang masih elok. Itulah yang dikira dan dibahagi mengikut faraid, bukan nilai sebuah rumah yang boleh diduduki.
24 Okt 2026DISEMAKBaca - Hukum FaraidBolehkah Pusaka Ibu Dipakai untuk Badal Haji dan Fidyah?
Boleh, tetapi kira faraid dahulu dan tunjukkan bahagian setiap waris. Badal haji dan fidyah yang memang wajib ke atas arwah ialah hutang yang dibayar daripada hartanya sebelum dibahagi. Yang tidak wajib, begitu juga membaiki rumah dan menyimpan wang untuk adik yang sakit, hanya boleh diambil daripada bahagian waris yang rela setelah dia tahu berapa haknya.
21 Okt 2026DISEMAKBaca - Hukum FaraidBapa Tiri Tuntut Rumah dan Perniagaan Arwah Ibu
Suami arwah ibu memang waris dan bahagiannya satu perempat yang menjadi 3/13 selepas 'aul. Namun haknya hanya pada harta bersih selepas hutang dibayar. Rumah yang dibina dengan wang KWSP ibu masih milik ibu kerana wang itu tidak pernah diserahkan kepada anak-anak, jadi ia harta pusaka walaupun berdiri di atas tanah nenek. Perkongsian perniagaan terbatal dengan kematian ibu. Bahagian ibu sebanyak 60% menjadi pusaka, manakala 40% kekal milik suaminya. Kedua-dua pihak perlu mengira semula hasil dan hutang sepanjang mereka mengusahakannya selepas kematian itu.
20 Okt 2026DISEMAKBaca - Hukum FaraidDuit Orang Melawat Kematian, Harta Pusaka atau Bukan?
Bukan. Harta pusaka ialah harta yang dimiliki arwah ketika dia meninggal dunia. Wang yang diberi oleh orang yang datang melawat selepas kematian tidak pernah menjadi milik arwah, jadi ia tidak difaraidkan. Wang itu milik orang yang dituju oleh pemberinya. Jika seorang kawan menyerahkannya terus kepada seorang anak, wang itu milik anak itu sebaik sahaja diterima.
20 Okt 2026DISEMAKBaca - Undang-undangPerbezaan Pejabat Pusaka Kecil dengan Mahkamah Tinggi Sivil
Yang menentukan tempat bukan pertikaian antara waris, tetapi ada atau tiada wasiat dan nilai harta. Seksyen 5 Akta 98 mengekalkan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Tinggi apabila ada wasiat yang sah. Bagi kes tanpa wasiat pula, seksyen 3 yang dipindakan pada 2024 mentakrifkan pusaka kecil sebagai harta APA-APA JENIS yang tidak melebihi RM5 juta dan seksyen 4 memberi Pegawai Pembahagian Pusaka bidang kuasa EKSKLUSIF ke atasnya. Seksyen 7 malah mengarahkan Pendaftar Mahkamah Tinggi memindahkan petisyen pusaka kecil kepada pegawai itu. Pertikaian antara waris pula diputuskan di situ juga, di bawah seksyen 14.
18 Okt 2026DISEMAKBaca - Prosedur PentadbiranKelebihan dan Kekurangan Khairat Pusaka
Kelebihannya nyata, iaitu kos pengurusan pusaka ditanggung, dokumen perancangan disediakan dan waris tidak berdepan bil pada saat mereka paling tidak bersedia. Kekurangannya pula bukan sekadar komitmen bulanan. Tiga sebab pembatalan dalam modul syarikat sendiri lebih penting daripada itu dan yang paling perlu difahami ialah langganan terbatal apabila waris menguruskan sendiri ataupun melantik peguam sendiri, iaitu keadaan yang berlaku selepas kematian dan di luar kawalan peserta semasa hidup.
18 Okt 2026DISEMAKBaca
Dah faham hukumnya? Ini tempat untuk bertindak.
Rundingan hukum dengan Abu Nuha atau hantar soalan secara percuma.