
Saya Abu Nuha Nuwairah, Perunding Pewarisan Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2022. Saya juga merupakan lepasan syariah daripada Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh. Insya Allah, saya boleh bantu tuan puan berkaitan dengan pewarisan.
Keratan Akhbar
Kali ini saya ingin berkongsi keratan akhbar berkaitan dengan harta beku hartanah yang dilaporkan pada tahun 2005.

Oleh Rasheffa Abdul Rashid
TANJUNG MALIM: Sebanyak 900,000 daripada 6.2 juta hak milik tanah yang didaftarkan di seluruh negara masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia kerana waris tidak menyelesaikan permohonan pusaka.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem (gambar), berkata tindakan pewaris itu turut menjadikan status tanah kearah waris tidak menjelaskan cukai tanah pusaka.
“Tunggakan cukai tanah negara yang berjumlah kira-kira RM200 juta dipercayai berpunca daripada kelewatan waris menyelesaikan pembahagian tanah pusaka mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil bagi Penghulu/Penggawa anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di sini, semalam.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Haji Isahak Yeop Mohamad Shar.
Seramai 360 penghulu dan penggawa dari seluruh negara menyertai seminar dua hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai prosedur penyelesaian harta pusaka, khususnya berkaitan tanah kepada keluarga masing-masing.
Adenan berkata, antara 18 hingga 24 bulan diperlukan untuk menyelesaikan pembahagian pusaka dengan pemohon yang terbabit dalam sesuatu proses mendapatkan hak milik adalah tanah pusaka.
Katanya, kesan daripada kelewatan memohon itu akan mengakibatkan pampasan tinggi dikenakan kepada pemohon bagi sesuatu permohonan yang lewat.
Menurutnya, kebanyakan masalah permohonan pusaka ini umumnya banyak berlaku di kawasan luar bandar dengan kebanyakannya membabitkan orang Melayu.
“Masalah ini timbul kerana mereka kurang arif mengenai peruntukan undang-undang dan prosedur berhubung perkara ini, selain masalah kurang faham mengenai implikasi yang mungkin timbul sekiranya urusan pusaka tidak disegerakan,” katanya.
Adenan dalam ucapannya juga berkata, peranan penghulu dan penggawa diperkasakan dalam Mahkamah Harta Pusaka Kecil (Pembahagian Pusaka Kecil) boleh membuat permohonan pembahagian harta pusaka di pihak ahli waris.
“Namun tidak ramai penghulu yang menyedari peranan mereka atau mempunyai beban tugas lain sehingga menggunakan jalan penyelesaian itu,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai pendekatan diambil kerajaan untuk memudah cara waris membuat permohonan yang lebih mudah menerusi program ‘Sehari Bersama Pewaris’ dan aplikasi E-Tanah yang akan dilaksanakan di seluruh negara pada 2009.
Bagaimana pula sekarang? Sudah pasti angka ini terus meningkat. Sama-sama muhasabah.